PEMAJU

Profil Syarikat

Syarikat Low Yat ditubuhkan sekitar tahun 1940 dan merupakan salah sebuah syarikat yang terawal menceburi sektor pembinaan di Malaysia. Pengasas syarikat adalah Tan Sri Low Yat dan kini ia diterajui oleh Tan Sri Datuk Seri Low Yow Chuan bersama dengan ahli keluarga generasi ke-tiga.

Sejak penubuhan syarikat 72 tahun dahulu, ia telah berkembang pesat khususnya dalam sektor pembinaan dan pelaburan. Pengalaman dan kepakaran yang dikumpul semenjak penubuhan syarikat telah membina asas yang kukuh untuk menceburi pasaran baru dan membawa piawaian antarabangsa ke dalam projek tempatan. Syarikat Low Yat terus berkembang pesat dalam sektor-sektor yang diceburi berpandukan asasnya yang kukuh dan semangat innovasi yang merupakan legasi semenjak ia ditubuhkan.

PERBANDARAN

Bandar Tasik Puteri

Bandar Tasik Puteri ( BTP ) merangkumi tanah seluas 2670 ekar dan merupakan bandar terbesar di utara Lembah Klang. Projek ini mula diusahakan pada tahun 2000 dan telah berkembang secara pesat dan berperingkat selama 20 tahun.

Bandar ini telah dirancang dengan terperinci dari segala segi dan kini dihuni oleh lebih dari 60,000 orang penduduk. Jumlah penduduk ini dijangka akan terus meningkat berikutan pelancaran fasa-fasa dan produk baru di BTP. Pelbagai produk yang bersesuaian dengan keperluan penduduk giat dirancang dan bakal dilancar dalam masa yang terdekat.

Selain daripada produk yang menarik , sebanyak 33 ekar tanah telah diwartakan sebagai taman rekreasi utama, yang dinamai "Central Park" untuk dinikmati penduduk BTP. Kelab Golf Tasik Puteri juga telah didirikan dan ia merupakan salah sebuah kelab terkemuka di Lembah Klang.

Lokasi yang strategik dan dikelilingi dengan rangkaian lebuhraya utama melalui lebuhraya LATAR , NSE dan Guthrie memudahkan dan mempercepatkan perjalanan penduduk BTP ke bandar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan utama Lembah Klang.

Bagi memenuhi keperluan pasaran semasa dan untuk menarik minat perlabur hartanah, BTP bercadang untuk melancarkan produk produk baharu yang berkonsep unik dan istimewa dalam masa terdekat, antaranya adalah :

  • Pusat Beli-Belah , Kedai pejabat, SOHO
  • Hub Pendidikan, Sekolah Antarabangsa, Francais makanan segera
  • Aktiviti Rekreasi, Hospital Swasta dan Bank Komersial
  • Kemudahan awam lain yang bakal diselenggara dan diurus oleh kerajaan tempatan seperti Balai Polis dan Bomba serta Pasar Basah dan Pusat Komuniti